Takrifan
Kesantunan oleh Tokoh-tokoh Dunia
Ø
Asmah
Haji Omar (2000): penggunaan Bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan
kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
Ø
Leech
(1983): perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
Ø
J.Ferguson
dan Das Gupta (1968): usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa
menimbulkan sebarang konflik.
Ø
Hamka:
kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukannya terletak pada wajah dan pakaiannya.
Ø
Aristotle:
ketinggian darjat seseorang diukur melalui akal dan adab, bukannya asal
keturunan.
Ø
Khalifah
Abdul Malik Marwan: orang yang mempunyai adab yang merendah diri walaupun
berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain semasa berdaya membalas, dan bersikap
adil ketika kuat.
Ø
Lakoff
(1975): perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
Ø
Fraser
dan Nolan (1981): kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi
mengekalkan hubungan harmoni dalam komunikasi.
Ø
Brown
dan Levinson (1987): usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam
perbualan.
Ø
Awang
Sariyan (2007): penggunaan Bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan
peribadi mulia, dan menunjukkan penghormatan kepada pihak tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan