Rabu, 9 September 2015

Kesantunan Merentas Budaya

Kesantunan Merentas Budaya
Konsep:
Ø  Budaya atau kebudayaan berasal daripada perkataan Sanskrit, buddayah yang membawa maksud budi pekerti atau akal.
Ø  Kebudayaan disebut sebagai culture dalam Bahasa Inggeris yang bermakna menanam atau mengerjakan.
Ø  Edward B. Taylor mendefinisikan budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang merangkumi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam, dan kebiasaan yang diperoleh oleh manusia.
Ø  Kamus Dewan Bahasa (2002) mencatatkan budaya sebagai tamadun atau peradaban ataupun akal budi dalam cara berfikir, kelakuan, dan sebagainya.

Komunikasi Silang Budaya:
Ø  Komunikasi dengan etnik berlainan dalam berbagai-bagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, dan teknologi.
Ø  Dipengaruhi oleh pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, etika serta tanggapan terhadap sesuatu hubungan.
Ø  Budaya berpengaruh terhadap cara kita berkomunikasi.
Ø  Salah faham yang timbul bergantung kepada cara kita berkomunikasi, Bahasa dan gaya Bahasa yang diguna.
Ø  Mengikut masyarakat Jepun, pandangan mata secara terus dianggap tidak bersopan kerana tidak merendah diri.
Ø  Masyarakat Melayu pula melayan tetamu dengan sabar meskipun sibuk.
Ø  Masyarakat Korea akan terus memberitahu dan menyuruh tetamu itu balik.
Ø  Kesantunan penting bagi masyarakat majmuk khususnya di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya.
Nilai-nilai kesantunan masyarakat Melayu:
Ø  Berpegang kuat pada adat resam dan agama
Ø  Memberi salam apabila bersemuka
Ø  Tidak menyampuk ketika orang tua berucap
Ø  Penggunaan kata sapaan dan gelaran yang sesuai mengikut konteks
Ø  Memberi salam
Ø  Panggilan yang bersopan kepada seseorang
Ø  Bertanya khabar
Ø  Menunduk badan semasa berlalu di hadapan orang tua
Ø  Memberi layanan baik kepada tetamu
Nilai-nilai kesantunan masyarakat Cina:
Ø  Memberi keutamaan kepada orang tua ketika menjamu selera
Ø  Tunduk semasa memberi salam
Ø  Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu
Ø  Tidak boleh memakai topi semasa berada di tokong
Ø  Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah

Nilai-nilai kesantunan masyarakat India:
Ø  Tidak membazirkan makanan
Ø  Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
Ø  Mematuhi adat dan resam
Ø  Memberi salam kepada orang tua
Ø  Duduk bersila semasa makan
Kesantunan merentas budaya dalam pendidikan:
Ø  Kesantunan berpakaian: - Mengikut Peraturan Tatatertib dan Kelakuan bagi penjawat awam, seseorang guru dilarang berpakaian yang merangsang pelajar. Sebagai contoh, pakaian tembus pandang, pakain yang terlampau mini atau berbelah terlalu tinggi.
Ø  Kesantunan tingkah laku: - gerak geri guru semasa menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya, cara berurusan dengan ibu bapa yang datang ke sekolah, duduk di dalam kelas, berhadapan dengan orang yang kita hormati.

Ø  Kesantunan berkomunikasi: - semasa berkomunikasi, guru harus memikirkan norma-norma budaya dan bukan hanya menyampaikan idea yang difikirkan sahaja. Cara berbahasa perlu disesuaikan dengan unsur-unsur budaya sedia ada. Guru wajib menjaga tutur katanya dan menjadi teladan bagi murid dengan menerapkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan