Rabu, 9 September 2015

Kesantunan verbal

Kesantunan verbal
Ø  Verbal berasal daripada Bahasa Inggeris yang bermaksud lisan.
Ø  Perkataan lisan bermaksud sesuatu yang diucap dengan tidak bertulis menurut Kamus Dewan (1984).
Ø  Kesantunan verbal merupakan kesopanan dan kehalusan Bahasa ketika berkomunikasi secara lisan.
Ø  Semua aspek komunikasi secara lisan.
Ø  Bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dalam masyarakat Melayu.  Sebagai contoh, memberi salam seperti “Assalamualaikum” ketika bertemu.
Ø  Komponen seperti fonetik dan fonologi (makna kata) , morfologi, sintaksis, dan semantik digunakan ketika berkomunikasi.
Ø  Aspek-aspek:
Pak cik: orang lelaki yang amat sebaya dengan bapa sendiri
Mak cik: orang perempuan yang agak sebaya dengan ibu kendiri
Tok: orang lelaki atau perempuan yang hampir sebaya dengan datuk atau nenek kendiri
Ø  Sistem panggilan kekeluargaan
Mempunyai pertalian darah: Pak Long, Mak Njang, Pak Su, Mak Su
Gabungan nama kekeluargaan asas: Bang Long, Bang Ngah, Bang Cik
Kekeluargaan ikatan perkahwinan: Abang ipar, mak long ipar, mak ngah ipar
Ø  Gelaran pergaulan Tak bersahaja (Formal)
Tuan: lelaki yang lebih tinggi pangkat daripada kendiri
Puan: perempuan yang lebih tinggi pangkat daripada kendiri
Ø  Gelaran warisan
Syed atau Sayed: keturunan Nabi Muhammad SAW
Ø  Gelaran Kurniaan
Tun, Toh Puan, Puan Seri, Datuk
Ø  Gelaran dalam majlis rasmi
Duli Yang Maha Mulia: Sultan, Raja, Tengku Ampuan
Yang Amat Berhormat: Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar
Yang Amat Berbahagia: Tun, Toh, Puan
Yang Amat Arif: Ketua Hakim Negara
Sahibul Samahah: Mufti dan pemimpin islam

Yang Berusaha: Ketua jabatan tanpa gelaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan