Budi Bahasa Budaya Kita
Aktiviti
Yang Dijalankan
1.Mengenang
Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan)
Mengadakan
aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu
dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga.
2.
Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran)
Mengadakan
pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria,
dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah
Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.
3.
Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan)
Mengadakan
aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan
Bersopan.
4.
Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan)
Mengadakan
kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter
supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima
kasih.
5.Cintai
Alam Sekitar, Flora dan Founa
Mengadakan
aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai', ´'Tandas
Bersih',' Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa',
'Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'
Kempen
ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini
nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang tidak berbahasa, yang tidak
mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani
pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan
kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita
Kini kita bergerak untuk
mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu. Kempen Budi Bahasa Budaya
Kita adalah satu gelombang yang diharap akan mengembalikan rakyat kepada asas
hidup berbudaya negara ini.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita
adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi impian yang menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran
Wawasan 2020 menjadi negara maju dalam acuan budaya kita.
Untuk tidak kelihatan terlalu besar
dan menakutkan, lihat saja budi bahasa dalam konteks kehidupan seharian semua
kelas sosial dalam masyarakat. Amalan-amalan budi bahasa yang mudah dilakukan
misalnya menyambut tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika
bertemu.
Budi dan bahasa tidak akan terbalas
dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal menjadi
kenang-kenangan.