Khamis, 27 Ogos 2015

Budi Bahasa Masyarakat Malaysia

Masyarakat Melayu:
Ø  Bercakap dengan lembut dan halus
Ø  Apabila berjalan di hadapan orang tua, mereka akan menundukkan kepala
Ø  Apabila bertemu, mereka akan memberi salam
Ø  Apabila bertemu dan berpisah, mereka akan berjabat tangan
Ø  Berpakaian menutup aurat
Ø  Makan dengan menggunakan tangan
Ø  Bersabar
Ø  Jujur
Ø  Anak dara duduk dengan cara bersimpuh
Ø  Memberi keutamaan kepada orang tua dalam segala urusan
Masyarakat Cina:
Ø  Menggunakan penyepit ketika makan
Ø  Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak
Ø  Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
Ø  Semasa memberi salam, mereka perlu menundukkan badan
Ø  Tidak membuat bising semasa bersembahyang
Ø  Melayan tetamu dengan baik
Ø  Pemurah
Masyarakat India:
Ø  Duduk ketika makan dan menggunakan tangan
Ø  Membuka kasut ketika memasuki kuil
Ø  Berpakaian tidak mencolok mata
Ø  Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain
Ø  Pemaaf
Ø  Saling menghormati
ØTidak membalas dendam

Ciri-Ciri Budi Bahasa

Ø  Sifat ikhlas, jujur, benar, merendah diri, pemurah, suka membantu, berjasa, dan berbakti.
Ø  Pemaaf, bersifat sabar, bersikap positif, memiliki kesantunan yang tinggi ketika berinteraksi, dan bersopan santun atau tertib.
Ø  Tingkah laku yang baik seperti menggunakan ibu jari semasa menunjuk sesuatu.
Ø  Saling menghormati.
Ø  Memiliki akhlak yang sangat mulia

Ø  Perasaan tenang, gerak laku yang tertib, tingkah laku yang santun, dan tidak mementingkan diri sendiri

Rabu, 26 Ogos 2015

Pengertian Budi Bahasa

Budi Bahasa
  • Merangkumi pekerti, akhlak, watak, dan kelakuan yang pemurah disebut sebagai nilai-nilai murni dalam Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • Berbudi melalui Bahasa atau Bahasa sebagai budi.
  • Nabi SAW bersabda: “Apabila kamu saling berjumpa, maka saling mengucap salam dan bersalam-salaman, dan apabila berpisah maka berpisahlah dengan ucapan istighfar.” (riwayat Ath-Thahawi)
  • mencerminkan kebudayaan yang indah amalan sesebuah masyarakat.
  • Agama Buddha ada mencatatkan Words have the power to both destroy and heal. When words are both true and kind, they can change our world.
  • Agama Hindu berteraskan aspek ashrama dharma (tahap yang harus dilalui), aspek purusharta (mengandungi aramldharma, porullartha, inbamlkama, dan vidulmoksha.

Pengertian Bahasa

Bahasa

  • Menurut Kamus Dewan (2002), Bahasa ialah system lambang bunyi suara sebagai alat perhubungan yang  menunjukkan percakapan dan tingkah laku yang baik, serta bersopan santun.
  • Seorang sarjana linguistic Swiss, Ferdinand de Saussure (1960) menyatakan bahawa Bahasa merupakan satu system isyarat yang abstrak dengan struktur tertentu digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat.
  • Noam Chomsky (1957) mancatatkan Bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga yang terbentuk daripada unsur Bahasa fonem.
  • Asmah Hj. Omar (1986) menyatakan Bahasa ialah bunyi yang terhasil oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut manusia.
  • Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefinisikan Bahasa sebagai alat bagi meluahkan perasaan, fikiran, pendapat, dan seumpamanya.
  • Edward Sapir menyatakan Bahasa ialah suatu system lambang-lambang pertuturan sebagai arbitrari untuk menyampaikan fikiran.
  • Lutfi Abas (1985) berpendapat bahawa Bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistic.
  • Ciri-ciri Bahasa:  
-Bersistem dan sistematik
-Arbitrari
- Vokal
-Simbol
-Alat komunikasi
- Dinamis

Pengertian Budi

Pengertian Budi

Budi


  • tingkah laku atau sifat manusia yang mulia dan memberi kebaikan kepada orang lain.
  • kebijaksanaan dan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang .
  • peradaban seseorang yang berakhlak dan beriman.
  • Nabi SAW bersabda: "paling dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya" (Riwayat Ar-Ridha)
  • Imam Al-Ghazali (2002) mencatatkan bahawa budi pekerti berasaskan pertimbangan akal, hawa nafsu, dan marah. 
  • Mustafa Haji Daud (1995) menyatakan budiman ialah seseorang yang mempunyai budi bahasa, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan mempunyai ikhtiar yang tinggi, matang bijaksana dalam membuat keputusan dan menabur jasa dan bakti yang merangkumi pertuturan dan tingkah laku seseorang.
  • Sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang lain.